the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pahang raih pelaburan komited RM800 juta bagi Industri O&G, tenaga

KUANTAN: Industri minyak dan gas (O&G) serta tenaga di Pahang telah memperoleh pelaburan komited sebanyak RM800 juta bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib (gambar) berkata kerajaan negeri telah menyasarkan RM1 bilion bagi pelaburan baharu untuk industri tersebut.

“Kita berharap sektor O&G boleh menjadi komponen lebih besar dalam kerangka atau jumlah pelaburan baharu ke Pahang…kekuatan negeri dalam industri itu adalah petrokimia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Pantai Timur 2023 di sini hari ini.

Acara itu turut dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) Mohd Yazid Ja’afar.

Selain itu, mengulas perkembangan Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (TAIA) di Pekan yang dibangunkan sebagai pusat industri maritim, O&G sejak 2011, Mohamad Nizar berkata kerajaan Pahang sedang aktif untuk memasarkan serta menarik pelabur ke kawasan berkenaan.

Menurutnya, usaha itu digerakkan menerusi TGA Solutions Sdn Bhd (TGA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan pelabur dari China dan Eropah difahamkan berminat melabur di situ.

Mohamad Nizar berkata walaupun TAIA menumpukan industri O&G, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan kelulusan dalam sektor lain bagi menarik lebih ramai pelabur.

“Kita juga perlu bekerjasama dengan agensi lain seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dari segi tambahan insentif bagi menarik lebih ramai pelabur seperti memberi elaun cukai pelaburan,” katanya.

Malah, katanya, kerajaan negeri turut berurusan dengan syarikat-syarikat perunding percukaian profesional bagi mengenal pasti tawaran lain yang dapat menjadikan Pahang sebagai destinasi pelaburan menarik. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings