the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ular tedung susur bawah badan kanak-kanak telah ditangkap, kanak-kanak selamat

IPOH: Video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, adalah kejadian dua hari lepas dan ular itu telah berjaya ditangkap.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kanak-kanak tersebut juga dilaporkan selamat.

“Kejadian berlaku di rumah pengasuh kanak-kanak itu di Taman Serai Perdana, Bagan Serai (Perak). Bomba menerima panggilan daripada pengasuh itu pada 11.28 pagi, 24 Julai lalu.

“Setibanya di tempat kejadian didapati seekor anak ular senduk berada di bawah kanak-kanak di ruang tamu. Tindakan segera anggota bomba memastikan keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabarodzi berkata anggota telah menggunakan penyepit ular untuk menangkap ular senduk tersebut dan berjaya ditangkap serta dibawa ke lokasi yang sesuai dan dilepaskan,” katanya.

Terdahulu tular di laman sosial video berdurasi 19 saat memaparkan seekor ular senduk menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berbaring di ruang tamu.

Video tersebut telah ditonton 4.3 juta pengguna dan menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan netizen. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings