the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) yang bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Terdahulu Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata selepas lebih 16 tahun Akta 654 dikuatkuasakan, beberapa ruang penambahbaikan telah dikenal pasti bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara.

Ini termasuk memantapkan tadbir urus SPAN agar lebih efisien dan meningkatkan keupayaan kawal selia agar penguatkuasaan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.

“Sejajar dengan inisiatif global dan nasional dalam merealisasikan pembangunan lestari, dasar-dasar baharu berasaskan ekonomi kitaran, kecekapan penggunaan, perlindungan pengguna dan penglibatan awam dan swasta telah diperkenalkan.

“Oleh yang demikian, penjajaran akta ini dengan dasar-dasar baharu penting untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa serta keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua.

Huang berkata melalui rang undang-undang itu juga, tempoh jawatan anggota suruhanjaya dipendekkan daripada 10 tahun kepada enam tahun.

“Tujuan pindaan ini adalah bagi mewujudkan fleksibiliti dalam urusan pelantikan anggota suruhanjaya yang berpengalaman dan tidak terikat dengan pelantikan sedia ada bagi suatu tempoh yang panjang,” katanya.

Persidangan bersambung esok untuk pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taiwan entrepreneur Time Light Care brings smart elderly care to mainland as silver economy...

Time Light Care is expanding smart elderly care services in mainland China by combining Taiwan's long-term care experience with digital health technologies, as rising demand and supportive policies drive growth in the country's rapidly expanding silver economy.

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings