the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan negeri fokus beri informasi penjagaan makanan, pergigian kepada Orang Asli

KUALA KRAI: Kerajaan Negeri Kelantan memberikan tumpuan terhadap pemakluman informasi kesihatan kepada masyarakat Orang Asli dari semasa ke semasa dalam usaha melahirkan penduduk yang mengamalkan budaya hidup sihat termasuk penjagaan makanan dan kesihatan pergigian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Hilmi Abdullah berkata antara program yang diatur ke arah usaha itu ialah Program Jelajah Agenda Nasional (ANMS) ke Pos Gob, Gua Musang yang menjadi platform bagi menjayakan agenda Malaysia Sihat 2030.

“Informasi mengenai penjagaan makanan dan kesihatan pergigian penting memandangkan Orang Asli kebanyakannya mengalami kekurangan nutrisi serta mudah dijangkiti penyakit terutama melibatkan bawaan vektor seperti tikus dan lalat.

“Sebagai usaha membantu golongan ini dari segi kesihatan, pemeriksaan dan pemberian ubat-ubatan turut dilakukan melalui lawatan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Majlis Pelepasan Peserta Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Penubuhan MyCHAMPION Dalam Kalangan Orang Asli Pos Gob di Dataran Cintawangsa Kuala Krai di sini hari ini.

Hilmi berkata program ANMS itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya sihat dalam kalangan Orang Asli.

Menurutnya, program itu juga turut menubuhkan MyCHAMPION dalam kalangan masyarakat Orang Asli Pos Gob sebagai ejen kesihatan untuk menyebarkan maklumat kepada komuniti setempat berkaitan isu-isu kesihatan dan sosial.

“MyCHAMPION ialah satu program untuk kita lantik duta (sukarelawan) Orang Asli supaya mereka cakna terhadap keperluan menjaga kesihatan.

“Kita mahu melahirkan rakyat hidup sihat pada 2030 selari dengan agenda kerajaan Persekutuan iaitu Malaysia Sihat 2030,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings