the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan

JASIN: Kerajaan negeri Melaka akan memperkenalkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal selia kemasukan dan keluaran bekalan beras tempatan bagi mengatasi masalah kekurangan makanan ruji itu.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata perkara itu akan diperincikan menerusi satu jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan bersama beberapa agensi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kawalselia Padi dan Beras (KPB).

“Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.

“Dengan data yang diselaraskan oleh dua agensi utama ini juga membolehkan kita mengesan jika berlaku sebarang ketirisan bekalan,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan pemeriksaan bekalan beras dalam Op Jamin di sebuah pasar raya di sini yang turut disertai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin.

Dr Muhamad Akmal berkata sebagai contoh, jika sebuah pasar raya mendapat bekalan 100 kampit beras dan timbul aduan kekurangan beras daripada pengguna, KPDN boleh membuat siasatan terperinci dengan melihat rekod jualan seterusnya dan mengambil tindakan jika berlaku ketirisan.

Beliau berkata bermula 15 Sept ini terdapat tiga pengilang akan membuat pembungkusan semula beras tempatan di Melaka dan ia dilihat dapat menangani masalah ketidakcukupan bekalan di negeri itu.

Sementara itu, Allex berkata sehingga 11 Sept, sebanyak tiga siri pemeriksaan dilaksanakan menerusi Op Jamin di seluruh Melaka, hasil kolaborasi bersepadu KPDN Melaka dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melibatkan pemeriksaan di peringkat pemborong dan peruncit.

“Sebanyak 127 premis diperiksa bagi memastikan bekalan beras putih tempatan dan import sentiasa mencukupi dan terkawal harganya.

“Di samping itu, ia juga bertujuan mengelakkan mana-mana pihak membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings