the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM Sabah tahan lima penjawat awam negeri buat tuntutan palsu RM61,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima penjawat awam negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan melibatkan beberapa daerah di Sabah berjumlah kira-kira RM61,000.

Menurut sumber, lima individu itu termasuk seorang wanita berusia antara 30 tahun hingga 50 tahun ditahan antara pukul 10 pagi hingga 12.30 tengahari ketika hadir di pejabat SPRM Sabah di sini hari ini.

“Kesemua suspek dipercayai mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan bagi tujuan pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan tersebut tidak pernah dilakukan,“ menurut sumber berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Karunanithy berkata kesemua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut serta beberapa tangkapan lain juga mungkin akan dibuat dan lima individu itu akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok.

“Susulan daripada siasatan kes ini, pihak SPRM Sabah telah memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan mencadangkan beberapa penambahbaikan pekeliling perkhidmatan sistem dan prosedur berhubung tuntutan perpindahan di jabatan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah juga telah menyambut baik khidmat nasihat dan kini dalam proses penambahbaikan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings