the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga kawasan di Johor rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatat di Larkin iaitu 156 diikuti Pasir Gudang dengan 152 serta Batu Pahat (122).

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings