the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Luar Indonesia: Malaysia sedia bantu tangani kebakaran hutan dan tanah di Indonesia

JAKARTA: Malaysia bersedia untuk bekerjasama menangani kebakaran hutan dan tanah yang sedang melanda di beberapa wilayah di Indonesia sekiranya diperlukan, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Tawaran itu terkandung dalam surat rasmi yang dihantar Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) kepada rakan sejawatannya di Indonesia Siti Nurbaya Bakar.

Jurucakap kementerian Lalu Muhamad Iqbal menjelaskan surat itu turut mengandungi maklumat berkaitan keadaan kualiti udara semasa di Malaysia.

“Benar… Kerajaan Malaysia sudah mengirim surat kepada Menteri Alam Sekitar,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan media mengenai tindak balas kerajaan terhadap surat berkenaan.

Nik Nazmi pada Rabu mengutus surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

Konsulat Malaysia di Pontianak telah menyumbang enam mesin pam air kepada pemerintah Wilayah Kalimantan Barat pada Ogos untuk pencegahan dan pengawalan kebakaran hutan dan tanah.

Sementara itu, Education Malaysia di Indonesia (EMI) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) giat memantau keadaan jerebu di Sumatera dan Kalimantan.

Setiap Cawangan PKPMI di Indonesia digesa memberikan maklumat kepada EMI dengan kadar segera sekiranya ada pelajar yang terkesan.

“Sehingga hari ini, pihak kami belum mendapat aduan atau laporan berkenaan pelajar yang terkesan akibat jerebu ini,” kata Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Zulfadhli Hamzah.

Terdapat 543 pelajar Malaysia di Sumatera dan 50 penuntut di Banjarmasin, Kalimantan Selatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings