the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Pos Pasik hentikan aktiviti harian selepas serangan harimau

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pos Pasik di sini, menghentikan aktiviti berkebun dan mencari hasil hutan susulan serangan hidupan liar dipercayai harimau belang sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di penempatan itu baru-baru ini.

Penghulu Kampung Pasik Asem Along berkata penduduk dibelenggu ketakutan selepas menyaksikan sendiri kelibat haiwan buas terbabit ketika sedang berkawal di sekitar lokasi penemuan mayat mangsa yang dibaham harimau itu di kawasan hutan Kampung Perwer pada 4 pagi semalam.

Asem berkata disebabkan itu lebih 1,000 penduduk di pos penempatan berkenaan kini tidak lagi keluar melaksanakan aktiviti harian mereka.

“Penduduk dapat melihat dengan jelas kelibat harimau belang yang muncul di kawasan mayat dijumpai pada waktu hampir subuh itu. Haiwan itu merupakan harimau dewasa dengan ketinggian pada paras pinggang lelaki dewasa.

“Melihatkan saiznya yang besar dan ada nyawa yang terkorban, kami tidak berani lagi keluar dari kawasan rumah walaupun bergerak dalam kumpulan yang ramai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Pisie Amud, 25, ditemukan meninggal dunia dengan kaki kirinya hilang disyaki dibaham harimau selain kesan cakaran haiwan itu pada kepala dan badannya di kawasan hutan Pos Pasik di sini Rabu lepas.

Mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di dalam kawasan cerun dalam hutan itu dibawa keluar dan dihantar ke unit forensik Hospital Gua Musang petang semalam, berikutan laluan untuk masuk ke kawasan itu hanya boleh diakses oleh kenderaan pacuan empat roda dan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam serta bergantung kepada cuaca untuk sampai ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Penghulu Kampung Bering Anjang Renget berkata sebelum ini, penduduk pernah terjumpa kesan tapak kaki harimau di penempatan itu, namun tidak pernah membuat sebarang laporan.

“Sebelum ini kita memang tahu haiwan itu ada kerana terjumpa kesan tapak kaki di dalam kawasan hutan tetapi kita tidak melaporkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana tidak pernah nampak kelibat dan tidak berlaku sebarang ancaman kepada penduduk,” kata Anjang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pasik Muhamad Sani Ngahtiman pula berharap Perhilitan dapat menangkap harimau belang itu demi keselamatan penduduk.

“Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami mahu keselamatan penduduk terjaga selepas kejadian yang menimpa mendiang Pisie Amud,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings