the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan Johor 2024 bakal tumpu usaha naik taraf kemudahan pelancongan, pengangkutan awam

KULAI: Belanjawan Johor 2024 yang akan dibentangkan bulan depan dijangka menyentuh beberapa usaha termasuk menaik taraf kemudahan pelancongan dan pengangkutan awam, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar).

Mengambil contoh pelancongan, beliau berkata kerajaan negeri merancang untuk menaik taraf kemudahan yang ada dalam tempoh dua tahun akan datang bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Menurut Onn Hafiz bagaimanapun, perincian bagi kerja naik taraf itu akan diumumkan dalam pembentangan belanjawan tersebut.

“Misalnya, Tanjung Piai terletak di titik penghujung benua Asia… kita juga ada enam Taman Negara. Banyak perlu kita buat untuk menaik taraf produk pelancongan di Johor.

“Dalam pembentangan belanjawan itu juga, saya akan menyentuh mengenai pengangkutan awam, Johor Bersih dan Johor Selamat,“ katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Berhubung LTAS, Onn Hafiz berkata peningkatan kapasiti penumpang sehingga lima juta setahun, tahun ini, mampu dicapai dalam masa yang singkat.

“Ia dapat dicapai dalam masa singkat kerana pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa Johor khususnya di Iskandar Puteri akan ada Zon Kewangan Khas. Pada masa sama, Johor akan ada Zon Ekonomi Khas dengan Singapura.

“Justeru, dua perkara ini, saya yakin akan menjadi pemangkin untuk pembesaran ekonomi di Johor. Bila ia berlaku maka lebih ramai pelabur akan masuk melalui Tambak Johor, Linkedua (Laluan Kedua Malaysia-Singapura) dan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang akan siap pada 2026 dan juga melalui LTAS,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings