the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Zafrul: Kerajaan akan pastikan pemilikan EV tersedia untuk semua

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan pemilikan kenderaan elektrik (EV) adalah tersedia untuk semua kumpulan berpendapatan menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar).

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan akan turut bertindak memperluas usaha serta meningkatkan prasarana berkaitan pengecasan EV di negara ini.

“Dalam mengambil kira masa depan serta Belanjawan 2024, tumpuan kita jelas kepada keterangkuman yang seiring dengan dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Tesla di Cyberjaya, hari ini.

Tengku Zafrul juga menekankan bahawa pelaksanaan dasar dan inisiatif itu memberi impak positif ke atas industri automotif tempatan, sekali gus memaparkan komitmen kerajaan dalam membangunkan ekosistem EV yang holistik di Malaysia.

Bilangan kenderaan EV berdaftar telah meningkat kepada lebih 3,400 unit pada 2022 dan melebihi 7,500 unit setakat September 2023 berbanding purata 300 unit pada tahun-tahun sebelum ini.

“Malah, pelaburan dalam industri EV kita juga mencecah paras memberangsangkan sebanyak RM26.2 bilion bagi tempoh 2018 sehingga Mac lepas,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga meningatkan bahawa dasar EV perlu seiringan dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Baharu 2030 (NETR 2030) yang dilancarkan baru-baru ini.

“Ini penting kerana tiada gunanya mempunyai ribuan unit EV di atas jalan sekiranya Malaysia tidak bertindak menghijaukan grid tenaga sewajarnya dengan membangunkan lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB),” katanya.

Atas alasan itu, beliau berkata, NETR menyasarkan untuk memacu pelaburan dalam infrastruktur grid menerusi inisiatif bagi pembangunan TBB.

Mengulas kehadiran Tesla di Malaysia, Tengku Zafrul menyifatkan perkembangan tersebut sebagai pendorong yang akan meningkatkan ekosistem EV selain memacu potensi negara sebagai hab pengeluaran EV serantau yang dapat menarik lebih banyak pelaburan selanjutnya dalam sektor tersebut.

Menurutnya, menerusi kehadiran syarikat automotif terkemuka global itu juga, Malaysia bersedia mempercepat peralihan kepada EV dan seterusnya menyaksikan lonjakan kemajuan teknologi, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor EV.

“Kita berharap dapat melihat lebih banyak bakat atau pekerja tempatan dapat dipupuk, peningkatan perniagaan tempatan dalam rantaian bekalan EV serta pertambahan inovasi yang akan meletakkan Malaysia di peta dunia dari segi pengangkutan lestari,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings