the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh

JOHOR BAHRU: Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata kesemua warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dan sedang mengesan beberapa individu yang masih bebas, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.40 malam itu.

“Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 365 KK serta Seksyen 385 KK.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Risman Sahid di talian 019-7766043,“ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 28 saat di media sosial yang memaparkan mengenai kejadian pergaduhan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings