the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemenangan Rais sebagai Ketua Umno bahagian Tangga Batu dibatalkan

MELAKA: Kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu pada pemilihan parti itu 18 Mac lalu, dibatalkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan Umno Malaysia 2023 hari ini.

Setiausaha Umno Bahagian Tangga Batu Datuk Abdul Latip Mohamad berkata beliau menerima pemakluman itu menerusi satu surat daripada Umno pusat menerusi aplikasi WhatsApp pada 2.26 petang tadi.

Beliau berkata surat berkenaan memaklumkan berlakunya ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan Umno bahagian itu yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.

“Surat itu memaklumkan setelah penelitian dibuat terhadap pemilihan berkenaan, Jawatankuasa Bantahan Pemilihan Umno Malaysia 2023 membuat keputusan dan ketetapan bahawa pemilihan bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu adalah tidak sah.

“Sehubungan itu, Umno bahagian Tangga Batu perlu membuat pemilihan semula bagi jawatan Ketua Umno Bahagian sahaja,“ katanya ketika dihubungi di sini.

Pada pemilihan berkenaan, Rais menewaskan penyandang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan hanya empat undi selepas memperoleh 282 undi berbanding Mohamad Ali dengan 278 undi.

Rais turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings