the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi di Laut Jawa: Seorang kanak-kanan maut, empat rumah rosak

JAKARTA: Seorang kanak-kanak maut manakala empat rumah rosak dalam gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda Laut Jawa, di luar wilayah Jawa Timur pada Jumaat.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), pengurusan bencana Bali melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Tabanan, Bali, meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung ketika gempa bumi melanda.

Jurucakapnya Abdul Muhari berkata dua buah rumah masing-masing di Jawa Barat dan Jawa Timur turut dilaporkan mengalami kerosakan.

Sementara itu, agensi geofizik negara BMKG menyemak magnitud gempa bumi kepada 6.9, pada kedalaman 643 kilometer, kira-kira 68 kilometer1 barat laut Tuban di wilayah Jawa Timur.

Gempa bumi itu berlaku disebabkan aktiviti perubahan bentuk pada plat Indo-Australia, yang tenggelam di bawah Laut Jawa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings