the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM tiba di Pulau Pinang untuk lawatan kerja

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini bagi memulakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Kedah.

Pesawat khas membawa rombongan Perdana Menteri tiba di lapangan terbang itu pada 10.30 pagi dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai kenamaan negeri menyambut beliau.

Hari ini, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di kediaman rasmi beliau di Seri Mutiara sebelum menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Kampung Mengkuang Titi di Bukit Mertajam dan seterusnya menunaikan solat zuhur dan solat Jumaat di Masjid Jarak Atas di Tasek Gelugor.

Beliau kemudian dijadual bergerak ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang untuk menghadiri tiga program iaitu Majlis Amanat YAB Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang, sesi taklimat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP).

Selepas itu Perdana Menteri dijadual ke Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) di Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih di Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur melalui Pangkalan Udara TUDM Butterworth. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings