the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes pinda laporan audit 1MDB: 26 Mei ditetapkan bagi pengurusan kes rayuan pihak pendakwaan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 26 Mei ini untuk satu lagi tarikh pengurusan kes rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy (gambar) daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Peguam Arul Kanda, Jasmine Cheong ketika dihubungi, mengesahkan satu lagi tarikh pengurusan kes ditetapkan kerana rekod rayuan belum disiapkan.

Hari ini ditetapkan pengurusan kes rayuan pertama pihak pendakwaan yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Selain Cheong, turut hadir ialah peguam Alaistair Norman yang mewakili Najib dan Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Natchiar yang mewakili pendakwaan.

Pada 3 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. Kedua-duanya dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.

Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata beliau telah memberikan penilaian maksimum pada akhir kes pendakwaan dan tidak menemukan bukti untuk mensabitkan atau membuktikan bahawa Najib secara jelas mengarahkan pindaan yang dibuat untuk membebaskannya daripada sebarang liabiliti sivil atau jenayah.

Dalam kes Arul Kanda, hakim mendapati beliau (Arul Kanda) konsisten sepanjang keterangannya dan ia serasi dengan keterangan yang dikemukakan dan keterangan saksi lain.

Najib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 46, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan laporan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 9 Mac. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings