the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelantan catat 417 kes jenayah komersial libat kerugian RM13.6 juta sejak Januari lalu

KOTA BHARU: Sebanyak 417 pelbagai kes jenayah komersial dilaporkan di Kelantan sejak Januari lalu hingga semalam dengan melibatkan kerugian berjumlah RM13.6 juta.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata daripada jumlah tersebut, 116 kes adalah melibatkan jenayah penipuan melalui panggilan telefon dengan jumlah kerugian sebanyak RM7 juta dengan kebanyakan mangsa adalah golongan berpendidikan.

“Kes-kes penipuan lain yang direkodkan termasuklah pembelian barangan melalui internet, tipu kerja sambilan dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan dalam talian, ‘love scam’ dan ‘parcel scam’, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings