the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nancy: Perkeso akan pinda akta untuk peruntukan geran penjagaan kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 tahun ini untuk menyediakan peruntukan geran penjagaan kanak-kanak kepada wanita yang kembali bekerja, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (gambar).

Beliau berkata geran satu bulan ini bersamaan 80 peratus daripada gaji bulanan yang diinsuranskan, akan diberikan kepada kira-kira 136,800 wanita yang kembali bekerja selepas cuti bersalin panjang, berjumlah RM290 juta.

“Justeru, usaha berterusan sedang diambil kerajaan untuk merapatkan jurang gender, bermula dengan perlindungan dan manfaat untuk wanita dalam tenaga kerja,” katanya dalam ucapan perasmian Forum Ekonomi dan Perniagaan Wanita Dunia 2023 di sini hari ini.

Selain itu, Nancy berkata Akta Kerja (Pindaan) 2022 memperkenalkan beberapa perubahan ketara terhadap akta sebelum ini yang bertujuan memberi manfaat kepada pekerja dan majikan di Malaysia termasuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

Akta yang dipinda itu menambah tempoh cuti bersalin bergaji daripada 60 kepada 98 hari.

Akta itu juga memperkenalkan seksyen baharu yang melarang majikan daripada memberhentikan pekerja hamil atau mengalami penyakit yang timbul akibat kehamilannya.

“Pembaharuan dasar dan pelan perundangan yang berterusan mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyokong wanita seperti penjagaan kanak-kanak atau kembali kepada dasar kerja dengan membina masyarakat yang mempunyai peluang yang sama,” katanya.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Nancy berkata kerajaan berhasrat meningkatkan penyertaan pekerja wanita kepada 59 peratus menjelang 2025.

“Ini adalah penting kerana ia memberi isyarat bahawa wanita boleh mencapai kedudukan yang lebih tinggi, stereotaip yang mencabar seperti hanya wanita yang perlu mengimbangi komitmen kerjaya dan keluarga, berat sebelah yang berakar umbi bahawa lelaki sepatutnya mempunyai lebih kuasa dan keistimewaan daripada wanita dan kepercayaan bahawa wanita lebih beremosi dan sekali gus menghalang kenaikan pangkat wantia,” kata beliau.

Forum Ekonomi dan Perniagaan Wanita Sedunia bertujuan untuk menyerlahkan lagi dan meraikan pencapaian wanita.

Ia mengumpulkan pemimpin wanita daripada kerajaan, perniagaan, media, persatuan wanita, institusi rasmi global dan pertubuhan bukan kerajaan di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan akses yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada pemimpin wanita. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings