the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong luang masa bersama rakan RMAS di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa bersama rakan baginda di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, di sini.

Keberangkatan Seri Paduka bersama 13 rakan baginda yang pernah menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS) United Kingdom itu, disambut Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kesemua rakan baginda yang menjalani latihan bersama pada 1978 dan 1979 tiba dari United Kingdom pada Ahad bagi lawatan ke Malaysia atas undangan Seri Paduka.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua PKGK Kuala Gandah Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman.

Sejurus tiba di pusat konservasi itu, Al-Sultan Abdullah bersama rakan baginda dibawa melawat pameran daripada pelbagai agensi selain turut meluangkan masa memberi makan gajah.

Seri Paduka kemudian berkenan menyaksikan persembahan yang dimulakan dengan seekor anak gajah betina dikenali Ellie yang memakai kaki palsu akibat terkena jerat pemburu haram, diikuti perarakan masuk gajah dikenali Lasah, Sanum, Pyan, Rambai, Cheri dan Alam selain pertunjukan ‘gajah tunjuk ekor’, ‘gajah baring’ dan ‘gajah mandi di sungai’.

Al-Sultan Abdullah juga santai merakam gelagat haiwan darat terbesar itu selain turut bergurau-senda dengan rakan RMAS ketika lawatan berkenaan.

RMAS merupakan institusi latihan ketenteraan terkemuka dunia yang terkenal dalam pembangunan kepimpinan dan latihan asas pegawai tentera darat.

Pada lawatan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyantuni dan bertanya khabar pengunjung yang hadir ke pusat pelancongan itu.

PKGK Kuala Gandah ditubuhkan pada 1989 yang kini mempunyai 25 ekor gajah serta merekodkan kedatangan kira-kira 200,000 pengunjung setahun sebelum pandemik Covid-19. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings