the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keselamatan awam diperkasa pastikan rakyat Sabah jalankan aktiviti dengan aman

KOTA KINABALU: Keselamatan awam di Sabah akan terus diperkasa bagi memastikan rakyat dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial dengan aman, damai dan sejahtera, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata jaminan keselamatan awam bukan sahaja memberi kesan kepada persekitaran yang lebih selamat, malah juga akan meningkatkan keyakinan pelabur luar untuk menjalankan aktiviti ekonomi di negeri ini.

“Keamanan kita kecapi ini juga akan membolehkan agenda pembangunan negeri Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dilaksanakan sebaiknya,“ katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada anggota keselamatan dan petugas kesihatan di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Sebanyak 35 agensi kerajaan terdiri daripada kementerian, jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) bergabung tenaga menyediakan kuih untuk diagihkan kepada anggota keselamatan dan petugas kesihatan menjelang Aidilfitri.

Katanya, setiap tahun kerajaan mengadakan Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri sebagai mengenang jasa bakti dan menzahirkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan sama ada yang bertugas di sempadan, darat, laut dan udara.

“Tidak dilupakan pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan di jalan raya, harta benda awam dan sebagainya. Begitu juga petugas kesihatan, doktor, jururawat dan pasukan paramedik yang tidak pernah mengeluh tanpa mengira erti lelah dan masa terutama ketika pandemik Covid-19,“ katanya.

Hajiji turut mengingatkan kepada rakyat di negeri ini agar terus melakukan kawalan kendiri bagi mengelakkan dijangkiti wabak COVID-19 berikutan Kementerian Kesihatan mengesan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 37.7 peratus bagi minggu berakhir Sabtu lepas (1 April). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings