the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat individu terkaya Afrika miliki kekayaan melebihi separuh penduduk benua itu – Oxfam

MOSCOW: Kekayaan empat hartawan terkaya di Afrika melebihi jumlah kekayaan separuh daripada populasi benua itu, menurut organisasi antikemiskinan Oxfam pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Hari ini, hanya empat hartawan terkaya di Afrika memiliki kekayaan berjumlah US$57.4 bilion — melebihi daripada jumlah kekayaan 750 juta orang, atau separuh daripada populasi benua itu,“ anggar Oxfam.

Kini terdapat 23 hartawan bergelar bilionair di Afrika, dengan semua jumlah kekayaan mereka meningkat sebanyak 56 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, mencecah US$112.6 bilion.

Organisasi yang berpangkalan di United Kingdom itu turut menyatakan yang Afrika mencatat jurang kekayaan jantina paling besar di dunia, dengan lelaki Afrika memiliki tiga kali ganda lebih kaya berbanding wanita.

Empat bilionair terkaya Afrika ialah Aliko Dangote dari Nigeria, dengan nilai kekayaan bersih US$23.3 bilion, Johann Rupert dan Nicky Oppenheimer dari Afrika Selatan, masing-masing dengan kekayaan bersih US$14.2 bilion dan US$10.2 bilion serta Nassef Sawiris dari Mesir dengan kekayaan bersih US$9.4 bilion- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings