the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Miti perkemas semula fokus, strategi pastikan pelabur asing terus melabur di M’sia

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperkemas semula fokus dan strategi semasanya untuk memastikan pelabur asing membuat pelaburan yang berterusan di Malaysia dan tidak beralih arah ke negara lain.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong (gambar) berkata kerajaan melalui MITI sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan ke dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia merekodkan prestasi memberangsangkan dengan kelulusan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor pada tahun 2021 berjumlah RM309.4 bilion dan sebanyak RM264.6 bilion pada 2022.

“Daripada keseluruhan jumlah pelaburan pada tahun 2022, pelaburan asing menyumbang melebihi separuh iaitu 61.7 peratus atau RM163.3 bilion, manakala pelaburan domestik menyumbang 38.3 peratus atau RM101.3 bilion.

“Jumlah pelaburan yang diluluskan ini berpotensi mewujudkan sejumlah 140,370 peluang pekerjaan baharu,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung usaha kerajaan bagi memastikan syarikat besar tidak beralih arah dari Malaysia ke negara lain.

Liew berkata Asia Tenggara kini menjadi tumpuan dunia yang mana syarikat dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak lagi mahu terlalu terikat dengan pelaburan di China sahaja melalui model “China + 1”, atau mahu beralih keluar daripada China dan melihat Asia Tenggara sebagai destinasi alternatif mereka.

Selain itu, katanya, syarikat China yang menjadi pembekal kepada syarikat Eropah dan AS turut memilih Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan pilihan mereka.

“Inilah peluang Malaysia untuk mendapat lonjakan kedua menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ekosistem ekonomi yang dinamik dan bertenaga.

“Lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara yang membolehkan pelabur mendapat akses pasaran yang luas juga merupakan antara faktor lain yang mengekalkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan pelabur,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings