the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Putera William, Kate Middleton lawat sukarelawan terlibat sar gempa bumi di Turkiye, Syria

LONDON: Pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales pada Khamis melawat sukarelawan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Putera William dan Kate Middleton bertemu wakil dari Pusat Muslim Hayes dan wakil daripada badan amal ahli Jawatankuasa Kecemasan Bencana (DEC), termasuk pasukan bantuan yang baharu pulang dari zon krisis di Turkiye, lapor Agensi Anadolu.

Pasangan itu juga menyertai komuniti lain dalam melaksanakan pelbagai usaha mengumpul dana sebagai sebahagian daripada bantuan.

Pengumpulan dana UK besar-besaran yang dilancarkan oleh DEC berjaya mengumpul £100 juta.

Tabung derma itu dilancarkan pada 9 Feb termasuk derma £5 juta oleh kerajaan Britain melalui skim Bantuan UK.

DEC bertindak menghimpunkan 15 badan amal utama UK termasuk Palang Merah British, Oxfam dan ActionAid bagi mengumpul dana yang akan menampung bantuan perubatan, tempat perlindungan kecemasan, makanan dan air bersih.

Pada 6 Feb, gempa bumi dengan kekuatan 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda selatan Turkiye.

Gegaran yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu mengorbankan lebih 46,100 nyawa manakala 13.5 juta orang terjejas akibat bencana itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taiwan entrepreneur Time Light Care brings smart elderly care to mainland as silver economy...

Time Light Care is expanding smart elderly care services in mainland China by combining Taiwan's long-term care experience with digital health technologies, as rising demand and supportive policies drive growth in the country's rapidly expanding silver economy.

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings