the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sah terima dua laporan isteri Hafidz Roshdi gugurkan kandungan

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi berhubung dakwaan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri (gambar) menggugurkan kandungan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan pada 9 malam 17 April dan 1.21 tengah malam 6 Mei lepas, namun tiada sebarang siasatan lanjut dibuat ke atas laporan itu.

“Laporan polis telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu tersebut masih berjalan…” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Muhammad Hafidz selepas prosiding sebutan semula kes cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, memaklumkan bahawa beliau telah membuat dua laporan polis terhadap Nurul Shuhada, mendakwa isterinya menggugurkan anak ketiga mereka.

Muhammad Hafidz berkata laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya manakala laporan kedua dibuat selepas Nurul Shuhada meminta wang untuk kos rawatan keguguran.

Nurul Shuhada yang ditemui pemberita di lokasi yang sama berkata beliau tidak boleh mengulas berhubung dakwaan suaminya itu kerana masih dalam siasatan polis dan akan memberi keterangan di Balai Polis Kangar, Perlis hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings