the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AirAsia tawar 62 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri

SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan 62 penerbangan tambahan pada tambang tetap ke tujuh destinasi di Sabah dan Sarawak bermula 19 hingga 30 April ini sempena Aildilfitri ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar) berkata harga tiket ditawarkan ialah RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri; dan RM249 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu.

“Jumlah tempat duduk tersedia ialah 11,400,” katanya pada sidang media di sini hari ini, selain menambah tempahan boleh dibuat bermula hari ini hingga 30 April ini untuk perjalanan bermula 19 hingga 21 April dan 20 hingga 30 April ini.

Loke berharap syarikat penerbangan lain mencontohi langkah AirAsia khususnya semasa tempoh perayaan bagi membolehkan lebih ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Loke berkata operasi pencarian akan dimulakan sekiranya terdapat bukti baharu yang dikemukakan kepada kerajaan.

“Kalau ada bukti baharu, sudah tentu usaha pencarian akan dimulakan segera,” katanya.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 itu hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, namun pesawat MH370 atau bangkainya gagal ditemukan.

Mengenai langkah mitigasi ekoran perkhidmatan aerotrain di KLIA dihentikan sementara pada 2 Mac atas faktor keselamatan susulan insiden aerotrain terkandas sehari sebelum itu, Loke berkata perkhidmatan bas pengantara antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit telah dipertingkatkan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

WTK Holdings to dispose of three Miri oil palm estates for RM221.5 million

The RM221.5 million price tag covers three transactions across the Positive Deal, Biogreen and Borneo estates, and reflects a 5.7% premium over their aggregate independent valuation. Proceeds are earmarked mainly for working capital (RM185.6m) and debt repayment (RM27.0m).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings