the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif: TPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensi berkaitan akan terus meningkatkan eksport produk hiliran minyak sawit dan derivatifnya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata kementerian telah membangunkan dasar sifar sisa lanjutan, melibatkan sejumlah besar sisa, termasuk kulit isirung sawit dan serat mesokarpa daripada tandan buah segar kelapa sawit, dahan buah kosong dan bahan lain digunakan sepenuhnya.

“Minyak sawit menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia kerana ia bukan sahaja membawa hasil eksport bernilai tinggi tetapi juga menyediakan pekerjaan langsung kepada lebih 650,000 orang termasuk kira-kira 450,000 pekebun kecil,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam perniagaan kumpulan syarikat Gamalux 2023 hari semalam.

Beliau juga berkata KPK telah melaksanakan semua inisiatif utama dengan visi memajukan sektor komoditi pertanian Malaysia bagi merealisasikan kemakmuran bersama dan pembangunan mampan di seluruh rantaian nilai.

Fadillah berkata minyak sawit adalah salah satu industri utama Malaysia dan penyumbang pendapatan eksport terbesar daripada sektor pertanian di Malaysia.

“Pada 2022, jumlah nilai eksport minyak sawit dan produk sawit berjumlah RM130 bilion (US$29.8 bilion), atau 8.4 peratus daripada jumlah nilai eksport Malaysia,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings