the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis berjaya kesan individu dalam video tular keluarkan kepala melalui ‘sunroof’ MPV

IPOH: Polis berjaya mengesan pemandu dan penumpang berhubung video tular dua kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung matahari (sunroof) dalam media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan dua rakaman video berdurasi 29 saat dan 9 saat berkenaan, yang dimuat naik di laman Facebook Malaysia Automotive Shiftposting semalam.

Beliau berkata rakaman video itu, memaparkan pemandu MPV bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak, dengan membenarkan mereka mengeluarkan kepala melalui bumbung matahari kenderaan berkenaan, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sultan Idris Shah itu.

“Hasil siastan awal juga mendapati, kejadian berlaku pada 1 Mac lalu sekitar jam 10.40 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 336, iaitu atas perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain termasuk Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-kanak 2001, kerana mendedahkan kanak-kanak dengan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata ketika kejadian, ibu kepada kanak-kanak berusia 16 dan 13 tahun berada dalam kenderaan, yang dipandu saudara mereka.

Beliau juga meminta pihak yang melakukan rakaman video itu, tampil ke hadapan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

“Saya juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings