the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Beri ruang pelaksanaan PBS sebelum teliti kembalikan UPSR, PT3

KUALA LUMPUR: Ibu bapa diminta memberi ruang dan kepercayaan kepada pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu penilaian bersifat holistik untuk mengetengahkan potensi diri murid yang tidak hanya berpandukan pencapaian peperiksaan akademik semata-mata.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sistem pendidikan negara sebelum ini dilihat terlalu berorientasikan kepada peperiksaan akademik adalah bersifat ‘high stake’ yang memberi tekanan kepada murid serta guru.

Katanya, PBS dapat menilai murid bukan sahaja berasaskan pencapaian akademik malah merangkumi aspek pembangunan potensi diri atau proses ansur maju kanak-kanak yang tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja.

“Sistem berorientasikan peperiksaan akademik ini seolah-olah penentu ‘hidup atau mati’ murid yang beri kesan baik dan buruk kepada anak-anak kita.

Beri ruang kepada PBS ini dan kita lihat proses kemajuan anak-anak dalam tempoh sehingga habis kitaran PBS ini dan selepas itu kita lihat kepada (kembalikan) peperiksaan ini (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)),” katanya ketika menjadi tetamu jemputan program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan malam ini.

Katanya, PBS sedia ada masih mempunyai ujian akhir akademik namun tidak terlalu ‘high stake’ seperti UPSR atau PT3, malah perkara lain turut dinilai termasuk kemahiran sosial dan bakat murid.

Katanya PBS juga memberikan kebebasan atau autonomi kepada sekolah masing-masing untuk menguruskan peperiksaan berdasarkan keupayaan murid selain memberi ruang yang lebih luas kepada ibu bapa berdialog dengan guru mengenai perkembangan ansur maju anak mereka.

Sebelum ini, Fadhlina mengumumkan keputusan untuk mengembalikan semula UPSR dan PT3, bergantung kepada hasil pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (PPPM 2025) yang akan tamat tiga tahun lagi.

Pada April 2021, kerajaan memutuskan UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021 manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun sama.

Sementara itu, Fadhlina berkata keutamaan KPM ketika ini adalah memberi tumpuan kepada tujuh teras utama untuk dijadikan sebagai landasan dan peluncuran PPPM 2025.

“Sistem penyampaian menjadi isu utama dalam tujuh teras kita. Kedua, karamah insaniah, mempopularkan konsep murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Sistem penyampaian kena betul, beban guru perlu ditangani dan seterusnya mengenai keupayaan digital yang kita sedang menuju ke arah dasar digital dalam pembelajaran. Jadi kita kena siapkan prasarana dan infrastrukturnya” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings