the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

9 juta orang akan terima dos vaksin Covid dalam kempen seminggu di Bangladesh

DHAKA: Bangladesh pada Rabu mengumumkan sasaran untuk mendapatkan 9 juta orang divaksinasi Covid-19 menerusi kempen khas selama seminggu mulai Khamis.

Shamsul Hoque, setiausaha ahli jawatankuasa pengerahan vaksin Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) di bawah Kementerian Kesihatan, dalam pengumumannya berkata kempen itu dibahagikan kepada dua fasa, kempen publisiti dan kempen vaksinasi.

Xinhua memetik Hoque sebagai berkata mereka menganjurkan kempen inokulasi khas menentang Covid-19 bagi meraikan bulan kemenangan Bangladesh dalam Perang Pembebasan.

Beliau berkata dos vaksin akan diberikan dari 1 hingga 7 Dis di 15,984 pusat di seluruh negara sepanjang kempen itu.

Kira-kira 73 peratus warga Bangladesh telah menerima dua dos vaksin Covid-19, dan 95 peratus daripada mereka yang berumur lima tahun ke atas telah menerima dos pertama manakala 52 peratus lagi menerima dos ketiga.

Bangladesh menggunakan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh AstraZeneca, Sinopharm, Moderna, Pfizer, Sinovac, dan Johnson and Johnson.

Sebilangan besar rakyat Bangladesh menerima vaksin Sinovac dan Sinopharm China sebagai dos pertama dan kedua mereka.

Bangladesh memulakan kempen vaksinasi Covid-19 pada Januari tahun lalu untuk membendung wabak itu.

Bangladesh merekodkan 11 kes baharu Covid-19 dan satu kematian pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 2 juta kes dengan 29,433 kematian, kata DGHS.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings