the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 152 disyaki terlibat judi bola sepak Piala Dunia dalam Op Soga IX

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 152 individu menerusi Op Soga IX sejak 19 Nov lepas hingga semalam kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata dalam tempoh berkenaan pihaknya turut merampas pelbagai barang, antaranya nilai had kredit di dalam perisian berjumlah RM3,177,293.17, wang tunai RM113,140, komputer, telefon bimbit dan kertas-kertas catatan pertaruhan.

Beliau berkata Selangor merekodkan tangkapan terbanyak dengan 38 individu diikuti Johor (29), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kedah (12), Negeri Sembilan (11) Kuala Lumpur (tujuh), masing-masing enam di Sabah dan Pahang, Melaka (empat), Perak (tiga), Kelantan (dua) dan Terengganu (satu).

“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata Op Soga IX akan dijalankan hingga 21 Dis ini dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian supaya menyalurkannya melalui hotline WhatsApp Op Soga IX dengan menelefon 016-5773477.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings