the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jordan negara Arab paling kurang terkesan akibat kenaikan harga makanan: Bank Dunia

AMMAN: Laporan Bank Dunia baru-baru ini mendapati Jordan menjadi negara Arab paling kurang terkesan dengan inflasi global akibat kenaikan harga makanan iaitu pada kadar 3.5 peratus, lapor Petra.

Jordan mendahului negara seperti Libya, Oman, Arab Saudi, Qatar, Iraq, Kuwait, Bahrain, Algeria, Tunisia, Mauritania, Maghribi dan Mesir.

Sementera itu, Lubnan berada di tempat pertama dari segi inflasi harga makanan dengan kadar 203.2 peratus.

Keselamatan makanan menjadi keutamaan di Jordan menerusi beberapa strategi yang diperkenalkan termasuk Strategi Negara untuk Keselamatan Makanan (2021-2030) sebagai tambahan kepada Rancangan Negara untuk Pertanian Mampan (2022-2025).

Strategi itu selaras dengan arahan Raja Jordan Raja Abdullah untuk menjadikan negara ini sebagai hab serantau untuk keselamatan makanan.

Menurut Dewan Perniagaan Jordan, negara ini mengimport makanan bernilai kira-kira AS$4 bilion setiap tahun, sebahagiannya terdiri bahan mentah bagi industri dan selebihnya produk sedia untuk dimakan.

Bank Dunia menyatakan harga makanan menurun pada suku ketiga 2022 tetapi mengikut piawaian harga dijangkakan kekal tinggi

Indeks harga makanan Bank Dunia jatuh 12 peratus pada suku ketiga 2022 (setiap suku tahun) selepas mencapai paras tertinggi pada April tetapi kekal hampir 20 peratus lebih tinggi berbanding setahun yang lalu.

Harga makanan masih tinggi disebabkan penurunan nilai mata wang tempatan dan harga tersebut dijangka akan menurun sebanyak lima peratus pada 2023 sebelum kembali stabil pada 2024.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings