the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerja pembinaan projek ECRL jajaran Tunjong-Setiu terjejas akibat banjir

PASIR PUTEH: Hampir 70 peratus kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 1 dan 2 meliputi jarak 82 kilometer bagi jajaran Tunjong, di sini ke Setiu, Terengganu terjejas akibat banjir minggu lepas.

Pengurus Pembinaan Seksyen 1 dan 2 Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Mohd Azemi Abdullah berkata lokasi terkesan banjir itu melibatkan kerja awalan seperti membersihkan hutan selain kawasan jajaran yang berada paras rendah.

“Kerja tanah terjejas dengan air hujan (banjir), jadi dari segi kejuruteraan kita tidak dibenarkan buat kerja.

“Namun banjir bukan halangan 100 peratus dan kita tidak mengganggap semua ini sebagai halangan, sebaliknya kita mahu menambah baik produktiviti untuk menggantikan semula apa yang hilang pada masa banjir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Sumbangan Barangan Bantuan Mangsa Banjir kepada 180 penerima di Pejabat Penggawa Daerah Bukit Abal, di sini hari ini.

Mohd Azemi berkata walaupun terkesan banjir, kerja-kerja pembinaan tidak tertangguh dan aktiviti pembinaan jambatan diteruskan.

“Cuma sekiranya berlaku hujan, mereka terpaksa menghentikan operasi kecuali bagi kerja yang berada pada ketinggian melebihi dua meter dari paras tanah asal.

“Sebelum banjir, kita sudah tidak boleh masuk ke tempat rendah kerana digenangi air, oleh itu pada hari kejadian banjir ia dikira kemuncak sehingga kita tidak boleh langsung masuk ke situ,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings