the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar bertolak ke Istana Negara untuk angkat sumpah sebagai Perdana Menteri

KAJANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertolak dari kediamannya ke Istana Negara pada 4.03 petang tadi untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Ahli Parlimen Tambun yang memakai baju Melayu berwarna hitam lengkap bersamping dan bersongkok bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berbaju kebaya labuh itu keluar dari kediamannya di Sungai Long di sini, diiringi pengiring polis.

Ketika keluar dari kediamannya, Anwar, 75, sempat melambaikan tangan ke arah petugas media yang telah berkampung di hadapan rumahnya sejak Ahad selepas Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mendapatkan perkembangan politik semasa.

Terdahulu penyokong beliau yang mengerumuni kediamannya turut melaungkan slogan ‘reformasi’.

Sementara itu, suasana di kediaman Anwar meriah dikerumuni pimpinan PH sejak pukul 1 tengah hari ini selain petugas media termasuk media antarabangsa yang semakin ramai berkumpul di sini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan sebentar tadi berkata pelantikan Pengerusi PH itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings