the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umno kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Sweden

KUALA LUMPUR: Umno mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seorang ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dalam satu kenyataan tanpa mengambil kira apakah niat sebenar pelaku, perbuatan keji Paludan adalah suatu provokasi jelas dan amat tidak menghormati masyarakat penganut Islam di seluruh dunia.

“Paludan juga dengan ketara telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dan ketika melakukannya beliau telah menjejaskan semangat kewujudan bersama secara aman dalam sebuah dunia yang mempunyai kepelbagaian agama.

Umno menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap kebencian terhadap Islam yang dahsyat ini,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu Majlis Ulama Umno turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Paludan yang disifatkan sebagai ekstrem dan Islamofobik serta satu penghinaan terhadap agama Islam.

Pengerusi Majlis Ulama Umno Datuk Dusuki Ahmad berkata penghinaan terhadap mana-mana agama jelas bertentangan dengan etika kemasyarakatan yang menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan agama anutan mereka.

Dusuki berkata tindakan melampau Paludan boleh menyuburkan lagi emosi kebencian sesama manusia dan merobek keamanan bermasyarakat selain boleh mencetuskan tindakan provokasi dan tindak balas termasuk keganasan.

Justeru, beliau menuntut agar Kerajaan Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan masyarakat antarabangsa di atas kegagalan membendung kejadian itu berlaku di negara itu.

“(Majlis Ulama Umno juga) menyeru para ulama dan umat Islam supaya terus mendoakan agar kebenaran Islam akan terus terserlah di seluruh dunia dan memberikan keselamatan kepada penganutnya di mana sahaja mereka berada,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings