the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Selamat-19: 809 kemalangan direkodkan di sekitar ibu negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 809 kemalangan jalan raya dengan dua kes kematian direkodkan di sekitar ibu negara, sepanjang empat hari pelaksanaan Op Selamat ke-19 sejak Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Saleh berkata kedua-dua kes kematian itu berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Besraya melibatkan penunggang motosikal.

“JSPT akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan supaya dapat meminimumkan kes kemalangan dan kematian dalam Op Selamat kali ini.

“Bagi tujuan itu JSPT menempatkan anggota di enam lokasi yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan iaitu di Jalan Duta, Jalan Pahang, Jalan Cheras, Jalan Kuching, Jalan Syed Putra dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Stesen LRT Bangsar, di sini, awal pagi tadi.

Sementara itu, sebanyak 1,899 saman telah dikeluarkan dalam operasi SJR malam tadi, termasuk di dua lokasi lain iaitu di Jalan Genting Klang dan Jalan Ampang, di sini, menjadikan jumlah keseluruhan 7,998 saman telah dikeluarkan sepanjang Op Selamat kali ini, membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya.

Beliau berkata sebanyak 28 tangkapan juga dilakukan iaitu 19 kes mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, enam kes (Seksyen 42 APJ 1987) dan tiga kes (Seksyen 108 APJ 1987).

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari mulai 18 sehingga 27 Jan secara serentak di seluruh negara dan telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain di Ayer Keroh, Melaka 13 Jan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings