the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid ucap Selamat Tahun Baharu Cina, mahu rakyat erat perpaduan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat negara ini, khususnya kepada mereka yang meraikannya.

Dalam ucapan sempena perayaan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengingatkan rakyat untuk mengukuhkan persefahaman dan kesepaduan demi Malaysia yang tercinta.

“Sempena tahun arnab yang membawa simbol kepada keamanan dan keharmonian, saya menyeru untuk kita mengeratkan perpaduan dan jangan leka terhadap ancaman Covid-19.

“Jaga kesihatan di musim perayaan ini demi keluarga dan negara tercinta. Selamat tahun baharu. Gong Xi Fa Cai,” katanya dalam video berdurasi 1 minit 25 saat yang dimuat naik di Facebooknya hari ini,

Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa keharmonian kaum serta keamanan yang dikecapi harus dipertahankan untuk kestabilan dan kemakmuran negara.

Dalam catatan di Facebook itu juga, beliau berharap sambutan Tahun Baharu Cina disemarakkan dengan semangat perpaduan dan hubungan silaturahim antara rakyat demi kesejahteraan negara.

“Mudah-mudahan kita dalam dakapan kasih sayang di bawah lindungan dan rahmat-Nya,” menurut catatan itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings