the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan: PM

PUTRAJAYA: Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan (gambar) sebagai Pengerusi Felcra yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Dis lepas, ditangguhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Memang sudah dimaklumkan kepada timbalan perdana menteri (Ahmad Zahid) dan ditangguhkan,“ katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Terdahulu Anwar ditanya sama ada pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra dilihat melanggar arahan Kabinet setelah diputuskan pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik dalam badan berkaitan kerajaan ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta pada 15 Dis lepas.

Pada 16 Dis lepas, Ahmad Zahid memaklumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Bhd.

Anwar dalam pada itu berkata terdapat kekeliruan mengenai soal lantikan politik dalam badan berkaitan kerajaan.

“Cuma ada kekeliruan, saya tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang terlibat politik itu menjadi pengurusan, tetapi (sebaliknya) mesti terikat dengan syarat-syarat, dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan,“ katanya.

Anwar berkata mungkin ada beberapa tokoh politik atau ahli Parlimen yang akan ditugaskan, tetapi kerajaan menetapkan kaedah tentang tahap keupayaan dan profesionalism serta soal pretasi sebelumnya, pematuhan kepada peraturan dan tatakelola yang ditetapkan.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengeluarkan garis panduan berkaitan lantikan politik, beliau berkata kerajaan membuat keputusan menghentikan semua lantikan politik bagi memberi ruang untuk menilai prestasi supaya mereka yang dilantik kelak tunduk kepada garis panduan yang ditetapkan.

“Saya menangguhkan hal ini kerana ada isu-isu umpamanya syarikat induk hadapi masalah kewangan tetapi syarikat kecil keuntungan besar dan beri bonus besar, hal-hal ini harus kita cerakin dalam peraturan dan garis panduan,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings