the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat, Johor dan Perak kekal manakala di Pahang berkurang pagi ini.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 40,456 orang daripada 11,097 keluarga berbanding 39,311 orang daripada 10,937 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemuanya sedang berlindung di 299 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

Daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 9,147 orang yang ditempatkan di 30 PPS, Besut (8,536 orang, 88 PPS), Hulu Terengganu (5,893 orang, 49 PPS) dan Dungun (4,419 orang, 40 PPS).

Selain itu, di Setiu seramai 4,352 orang ditempatkan di 52 PPS, Kuala Nerus (3,597 orang, 16 PPS), Kuala Terengganu (2,777 orang, 12 PPS) serta Marang (1,735 orang, 12 PPS).

Berdasarkan laman sesawang https:publicinfobanjir.water.gov.my/, enam sungai di Terengganu masih melepasi paras bahaya termasuk Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman, Sungai Telemong di Kuala Ping di Hulu Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Langkap di Setiu.

Di KELANTAN, seramai 31,487 orang daripada 9,055 keluarga berada di PPS pagi ini berbanding 31,313 orang daripada 9,005 keluarga malam tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 140 PPS di lapan jajahan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok.

Sementara itu di JOHOR, jumlah mangsa banjir kekal 48 orang daripada 15 keluarga dengan dua PPS masih dibuka di Segamat.

Menurut JPBN kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5, Segamat dengan 34 orang daripadanya berada di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 14 lagi di Dewan Komuniti Kampung Tasek.

Mengikut data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Muar, Buloh Kasap di Segamat berada pada paras amaran dengan ketinggian 8.63 meter.

Di PERAK, JPBN melaporkan situasi banjir tidak berubah dengan 54 orang daripada 17 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat dan PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib.

Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak masih merekodkan melebihi paras bahaya, melebihi 0.5 meter dari paras amaran dengan bacaan 3.27 meter setakat ini.

Bagaimanapun di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan situasi banjir di Kuantan bertambah baik dengan hanya 221 orang daripada 62 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS pagi ini berbanding 484 orang daripada 113 keluarga di lima PPS semalam.

JPS melaporkan paras air Sungai Keratong, Rompin kekal melepasi tahap bahaya dengan trend menurun. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings