the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Beberapa balai polis di K’tan, Terengganu turut dinaiki air

PUTRAJAYA: Beberapa balai polis di Terengganu dan Kelantan turut terjejas setelah dinaiki air ekoran banjir yang melanda Pantai Timur, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ditemui pemberita selepas menghadiri pelancaran misi bantuan ke Pantai Timur peringkat Kementerian Dalam Negeri oleh menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini hari ini, Acryl Sani berkata bilangan balai polis yang terjejas di dua negeri itu akan dikenal pasti.

“Namun anggota polis telah mengambil langkah awal untuk memastikan dokumen penting serta peralatan yang mudah terjejas akibat air dialihkan ke tempat yang selamat,“ katanya.

Ditanya sama ada anggota di Ibu pejabat polis Bukit Aman akan digerakkan ke Pantai Timur, beliau berkata polis telah mengaturkan bantuan tenaga manusia ke tempat-tempat yang dipercayai dilanda banjir.

“Setakat ini kita masih mampu untuk memberi bantuan kepada pasukan keselamatan lain dalam usaha memindahkan mangsa ke pusat penempatan sementara (PPS) dan memastikan pergerakan tenaga bantuan dijalankan dengan lancar,“ katanya.

Merujuk kepada kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor pula, Acryl Sani berkata polis sedang dalam proses memadankan data mangsa yang masih hilang dalam tragedi itu dengan laporan polis yang dibuat ahli keluarga dan waris.

Beliau berkata polis yakin akan ada waris yang tampil ke balai polis untuk melaporkan terdapat ahli keluarga tidak dapat dikesan dan dipercayai hilang.

“Kita masih menunggu, dan lepas ini akan padankan dan maklumkan angka sebenar yang kita percaya masih lagi hilang,“ katanya.

Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berkenaan pada kira-kira 2.42 pagi, Jumaat lepas, kini telah mengorbankan 25 nyawa dengan lapan masih hilang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings