the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembentukan kerajaan Persekutuan: BN sabah sokong gabungan diputuskan BN pusat

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyokong mana-mana gabungan yang bakal diputuskan oleh BN pusat untuk membentuk kerajaan Persekutuan, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar).

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata BN Sabah membuat keputusan itu kerana mahu memastikan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan seterusnya mewujudkan kestabilan di negara ini.

“Kita akan ikut keputusan parti (BN pusat) bagaimana, kita kena utamakan kestabilan kerajaan (Persekutuan) dan negara ini dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas tindakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, Bung Moktar berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan rakan kerjasamanya dalam kerajaan Sabah itu.

“Kita akan bincang dengan GRS selepas selesai penubuhan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, BN Sabah memenangi tujuh daripada 12 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Hari ini, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata GRS menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, dan gabungan itu juga bersetuju untuk membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti lain yang bersedia bekerjasama untuk tujuan itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings