the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar tiba di Kuching untuk lawatan sulung sebagai PM

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini bagi memulakan lawatan kerja sulungnya ke Sarawak selama dua hari sejak dilantik ke jawatan itu pada November lepas.

Pesawat khas membawa rombongan Perdana Menteri tiba di lapangan terbang itu pada 4.02 petang dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai kenamaan negeri menyambut beliau.

Hari ini, Anwar turut dijadual mengadakan perjumpaan secara tertutup dengan Abang Johari di kediaman Premier Sarawak itu di Petra Jaya di sini sebelum menghadiri jamuan negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Esok beliau dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang turut disertai Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Selepas itu, Perdana Menteri akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek sebelum menghadiri Kenduri Rakyat sempena Program Jelajah Kerajaan Perpaduan di Kubah Ria di sini.

Beliau kemudian dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Demak Jaya di sini sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings