the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga beradik yatim piatu, ibu bapa dan adik bongsu maut di LPT1

KUANTAN: Tiga beradik yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa dan adik bongsu mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) hala timur, berhampiran Kampung Paya Bungor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian yang berlaku pada 4 petang, menyebabkan kontraktor Mohamad Shafiq Zailani, 33, dan isterinya Faeiznoor Mansor, 32, maut di tempat kejadian.

Anak lelaki pasangan itu Daryan Marwa yang berusia 10 bulan pula disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Tiga lagi anak pasangan itu Mohamad Danish Uqasha, sembilan; Dhia Medina, lima; dan Damiaa Melissa, dua; pula cedera ringan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda dipandu Mohamad Shafiq dari Bandar Jengka di Maran menghala ke Kuantan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Shafiq berasal dari Felda Jengka Enam, Maran manakala semua mangsa yang lain beralamat di Felda Bukit Sagu di sini.

Wan Mohd Zahari berkata jenazah mangsa dibawa ke HTAA untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas saringan Covid-19 diperoleh.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings