the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba nafi beri kebenaran orang awam, sukarelawan sertai SAR tanah runtuh

BATANG KALI: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor hari ini menafikan memberi sebarang kebenaran kepada mana-mana orang awam atau sukarelawan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya sini.

JBPM Selangor dalam kenyataan memaklumkan ia selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) iaitu hanya agensi menyelamat terlatih yang dibenarkan berada di kawasan operasi zon merah.

Lima agensi berkenaan ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

“Aspek utama diambil kira untuk anggota terlibat iaitu keselamatan, kemahiran dan kecergasan dengan keadaan semasa struktur tanah kawasan bencana dalam keadaan lembut dan jika hujan berkemungkinan berlaku lagi runtuhan atau gelinciran di kawasan runtuhan.

“Keadaan ini memerlukan kepekaan dan latihan khusus seperti kesediaan kita menghadapai situasi sukar dan tidak dijangka, oleh sebab itu kemahiran anggota diperlukan selain mempunyai kecergasan fizikal yang baik untuk berada di lokasi bencana,” menurut kenyataan itu.

JBPM Selangor mengeluarkan kenyataan berkenaan susulan tular gambar sekumpulan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) yang memasuki tapak bencana tanah runtuh berkenaan dan mendakwa diberi kebenaran membantu operasi SAR mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Operasi SAR memasuki hari keempat hari ini bag mencari baki sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi yang berlaku pada Jumaat lepas itu. Seramai 24 mangsa disahkan terkorban setakat ini manakala 61 selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings