the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warisan hubungi, bincang dengan pemimpin Sarawak jika menang lebih 15 kerusi di Sabah: Mohd Shafie

SEMPORNA: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata beliau akan menghubungi rakan pemimpin di Sarawak sekiranya parti itu memenangi lebih 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“(Hubungi) rakan saya pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS)… bukan formal, cuma kita berhubung (bincang) apa yang kita nak perjuangkan, (berkaitan) kedua-dua wilayah ini, (agar) kedudukan dan hak mereka dapat ditunaikan, bukan jawatan menjadi tuntutan.

“.. kalau perjanjian (Perjanjian Malaysia – MA63) dapat ditunaikan imbuhannya, berjuta rakyat merasa nikmatnya, itu pertimbangan yang harus dilakukan, bukan ikut pertimbangan nafsu, ini kepentingan negara,“ katanya ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Bubul di sini hari ini.

Beliau berkata langkah membangkitkan suara Sabah dan Sarawak tidak bererti kedua-dua wilayah itu tidak menyayangi Malaysia, sebaliknya rasa sayang kepada negara itu masih kuat kerana penyatuan itu mampu mengukuhkan Malaysia untuk menempuhi pelbagai cabaran selepas ini.

“Usaha kita memastikan kestabilan negara dan ekonomi, kita sayang negara Malaysia tetapi keadaan politiknya, keadaan ekonominya cukup membimbangkan kita… bila ada penyatuan umat, saya yakin masalah ekonomi itu boleh diatasi,” katanya.

Sementara itu Mohd Shafie berkata Warisan menghormati apa sahaja keputusan PRU15 walaupun mungkin tidak memihak kepada parti itu nanti, kerana ia adalah keputusan daripada rakyat yang wajar dihormati semua pihak.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings