the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AS: Bapa ditahan selepas kamera keselamatan rakam anak kecil pegang pistol berisi peluru

WASHINGTON: Seorang bapa ditahan hujung minggu lalu selepas kamera keselamatan berjaya merakam visual anaknya berusia empat tahun memegang pistol berisi peluru di Indiana, Amerika Syarikat.

Bapa kanak-kanak itu, dikenali sebagai Shane Osborne, 45, ditahan atas tuduhan pengabaian kanak-kanak di sebuah apartmen di Beech Grove, lapor Agensi Anadolu memetik WTHR.

Pegawai polis menemui sepucuk pistol sembilan milimeter yang berisi 15 butir peluru di lokasi kejadian.

“Saya melihatnya (video) pada keesokan harinya, dan walaupun saya tahu hasilnya semasa saya menonton video itu, saya masih takut.

“Saya tidak tahu bagaimana anda boleh menonton video itu, sebagai seorang ibu bapa atau bukan ibu bapa tanpa merasa terkejut dan terganggu,“ kata Timbalan Ketua Polis Robert Mercuri.

Osborne dijangka hadir ke mahkamah untuk perbicaraan awal pada Selasa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings