the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM perbanyak usaha perkasa wanita dalam tenaga buruh, kesaksamaan jantina

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperbanyakkan usaha bagi menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam pasaran kerja.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata perkara itu akan terus dilaksanakan oleh KPWKM bersama pelbagai pihak terutamanya Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai langkah meningkatkan sumbangan wanita secara inklusif dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Beliau berkata isu pemerkasaan wanita dalam tenaga buruh dan kesaksamaan gender merupakan isu rentas sektor yang memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, khususnya sokongan kemahiran serta kepakaran dalam bidang tertentu.

“Bagi memastikan keterlibatan wanita dalam pasaran kerja lebih efektif, sistem sokongan perlu ditingkatkan terutama dari aspek prasarana, dasar dan perundangan sewajarnya, selain menambah baik pelaksanaan program bagi meningkatkan penjanaan pendapatan golongan itu.

“Antara usaha kementerian (KPWKM) adalah mewujudkan ekosistem yang kondusif agar wanita dapat terus terlibat aktif dalam pasaran kerja melalui inisiatif kemudahan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Dalam Radar: Wanita Dan Diversifikasi Sosioekonomi’ terbitan Bernama Radio semalam.

Katanya mencapai kesaksamaan gender akan memberi banyak kelebihan kepada peningkatan pendapatan negara.

Menurut Nancy di peringkat global, kajian industri oleh McKinsey & Company mengunjurkan peningkatan tambahan US$ 12 trilion pendapatan kasar global boleh dicapai menjelang 2025 dengan merapatkan jurang gender.

“Dalam konteks negara kita, penghapusan jurang gender di Malaysia dijangka mampu menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.2 peratus, bersamaan US$ 50 bilion.

“Oleh itu, menjadi tumpuan KPWKM untuk memastikan usaha penghapusan diskriminasi berasaskan gender dapat dilaksanakan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings