the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukarelawan M’sia di S’pura sertai usaha bawa pulang undi pos PRU15

SINGAPURA: Hampir 21 juta rakyat Malaysia yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu ini, ratusan warga negara yang tinggal dan bekerja di seberang Tambak juga akan mengundi – sebahagiannya melalui undi pos.

Sukarelawan Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia Movement berganding bahu mengumpul undi pos di seluruh Singapura dan membawanya pulang ke Malaysia.

1thirdmedia Movement adalah antara gerakan yang bekerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia bagi membawa balik undi pos dari pulau itu.

Mereka telah menjalankan tugas yang sama ketika Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

“Akan ada dua penghantaran esok (17 Nov) melalui pengangkutan darat dan udara.

“Buat masa ini, saya tidak dapat memberitahu jumlahnya kerana kutipan masih diteruskan.. tetapi sehingga 15 Nov kira-kira 6,000 sampul undi telah diterima,“ kata seorang sukarelawan, Farrah Diyana Mohamad Ali kepada Bernama.

Menurut Farrah Diyana, 34, lima zon kutipan telah diwujudkan meliputi sektor tengah, timur, barat, utara dan selatan negara itu sebelum dikumpul dan dibawa pulang ke Putrajaya.

“Masa terus berlalu dan kita berada di penghujung waktu sebelum tarikh tamat esok (17 Nov) pada 2 petang,“ katanya sambil menjangkakan lebih ramai akan melaksanakan tanggungjawab pada hari terakhir.

Seorang lagi sukarelawan, Siti Azimah Abdullah, 48, yang ditugaskan di zon tengah berkata dia berbangga dapat membantu rakan senegaranya di sini bagi mengumpul undi pos.

“Kerjasama yang diberikan oleh rakyat Malaysia di sini sangat baik dan mereka sangat prihatin tentang masa depan negara,” katanya.

Siti Azimah yang merupakan pengundi di Kulim, Kedah merasakan sebagai anak jati Malaysia adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu rakan senegara di sini.

“Tidak kira di mana kita berada kita harus lakukan tanggungjawab kita untuk mengundi,” kata Azimah.

Menurut Twitter UNDI18, terdapat sejuta pengundi Malaysia di luar negara.

UNDI18 turut berkongsi beberapa foto semasa menerima undi dari seluruh dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk China dan Jerman.

Selain 1thirdmedia Movement, kumpulan yang terlibat mengumpul undian ialah Vote Malaysia dan Global Malaysian Network.

Menurut UNDI18, kesemua sampul undi akan dibawa ke pusat pengumpulan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan bagi 222 Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan turut dihantar ke negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut UNDI18, kesemua sampul undi ini akan dibawa ke pusat pengumpulan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan 222 Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kesemua sampul undi akan dihantar ke setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, katanya.

Tarikh akhir kertas undi pos perlu diterima oleh Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya ialah sebelum 5 petang pada hari mengundi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings