the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

24 rumah ibadat selain Islam di Johor terima geran bantuan kewangan RM1.5 juta

KLUANG: Sebanyak 24 rumah ibadat selain agama Islam di Johor menerima geran bantuan kewangan bernilai lebih RM1.5 juta.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique (gambar) berkata pemberian bantuan itu merupakan komitmen kerajaan seiring dengan teras Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Saya berharap semua rumah ibadat selain Islam yang telah menerima geran bantuan ini menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaiknya,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian geran itu di sini hari ini.

Pada majlis itu, sembilan rumah ibadat Buddha menerima RM547,000, empat rumah ibadat Kristian (RM271,000), tiga rumah ibadat Hindu (RM211,000) manakala lapan rumah ibadat Tao menerima RM496,000.

Halimah berkata sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan dalam Bajet 2022 untuk tujuan itu menerusi kementerian berkenaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings