the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Beri peluang pucuk pimpinan Umno teroka dinamik politik semasa

KUALA LUMPUR: Semua ahli Umno diminta memberi peluang dan ruang kepada pucuk pimpinan parti untuk menerokai dinamik politik semasa negara bagi memastikan kelangsungan Umno.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemandirian parti itu merupakan satu keutamaan ketika ini dalam memastikan Umno dapat memulakan langkah terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.

“Jadi beri peluang untuk parti mengurus, mengorak langkah perlahan-lahan. Kita kalah, kita bukan pemenang tetapi disebabkan oleh kita diberi oleh Allah sedikit ruang lagi untuk dapat bersama kerajaan walaupun kita hanya 30 kerusi (jumlah kerusi Barisan Nasional).

Jadi beri kami peluang kerana parti-parti lain dalam negara ini semua sudah pernah duduk bersama , cuma kita sahaja belum pernah duduk bersama dan kita lihat bagaimana,” katanya dalam ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata walaupun bersama dalam Kerajaan Perpaduan ia tidak bermakna Umno bergabung dengan parti lain dalam kerajaan yang dibentuk.

Katanya, kerjasama dalam kerajaan itu adalah untuk mengurus negara dan beliau selaku anggota kabinet daripada Umno akan cuba sedaya upaya memastikan prestasi Kerajaan Perpaduan dipertingkatkan demi rakyat.

Selaku Pengarah Pilihan Raya bagi menghadapi enam pilihan raya negeri akan datang, Mohamad berkata beliau dan rakan Umno lain akan memikul tanggungjawab sebaiknya dengan mengambil kira pengalaman PRU15 dan PRU14.

“Saya minta satu sahaja untuk tuan dan puan balik ke kawasan kita masing-masing, bina semula tembok kita yang pecah. Mari kita pungut batu bata yang bersepah, yang berderai untuk kita bina semula benteng Umno dan bangunkan benteng baru pada PRU16 nanti,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings