the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Najib nafi dakwaan beliau akan dibebaskan segera jika BN menang PRU15

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa beliau akan dibebaskan segera menerusi pengampunan diraja jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tetuan Shafee & Co melalui kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Najib meluahkan kekecewaan mendalam beliau terhadap tindakan menggunakan namanya dalam propaganda politik yang tidak berasas meskipun bekas Perdana Menteri itu sudah dipenjarakan.

“Anak guam kami ingin menafikan sekeras-kerasnya kesemua dakwaan ini. Anak guam kami telah secara konsisten, sejak permulaan perbicaraannya pada 2018, menyatakan bahawa beliau mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana beliau bukan sahaja ingin mendapatkan kebebasan tetapi juga membuktikan integriti dan legasinya.

“Beliau yakin bahawa peluang terbaiknya untuk dibebaskan ialah melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan selaras dengan Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

“Permohonan Najib secara khusus bersandarkan kepada asas bahawa proses dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam rayuan beliau terjumlah kepada menafikan hak perlembagaannya bagi perbicaraan yang adil kerana peguam tidak diberi peluang melakukan persiapan rapi sehingga menyebabkan tiada hujah dikemukakan sekali gus meletakkan anak guam kami dalam situasi tanpa wakil pembelaan yang efektif di mahkamah,“ menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut jika keputusan permohonan semakan kehakiman memihak kepada Najib, bekas Perdana Menteri tersebut akan memohon perbicaraan semula bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Najib, 69, kini meringkuk di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atasnya selepas beliau didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings